Browse By

Menghantar Mesej menggunakan Web Wechat

Wechat adalah salah satu app yang amat popular bagi pengguna smartphone untuk menghantar mesej selain Whatsapp, Line dan Viber. Salah satu kelebihan Wechat ialah ia membolehkan pengguna menggunakan PC atau Laptop untuk menghantar mesej kepada rakan rakan. Sudah semestinya menaip di kibod adalah lebih laju dan selesa berbanding kibod di smartphone.

Berikut adalah cara cara untuk menggunakan Web Wechat.

1. Buka browser dan pergi ke laman web web.wechat.com. QR code untuk Wechat akan kelihatan.

wechat

2. Langkah seterusnya ialah buka app Wechat di smartphone dan tekan + seterusnya pilih Scan QR Code

Screenshot_2014-10-20-20-15-58

3. Kemudian acukan QR reader di smartphone kepada QR code di web wechat :

Screenshot_2014-10-20-20-19-37

4. Laman web akan memberikan notifikasi ‘Scanned Successfully’ apabila QR code disahkan.

wechat2

 

5. Akhir sekali, Tekan ‘Log in on web’ pada app Wechat di smartphone untuk mengaktifkan web wechat.

Screenshot_2014-10-20-20-17-08

 

 

6. Serta merta laman web wechat akan bertukar menjadi seperti gambar dibawah. Semua contact dan group kita akan kelihatan. Sekarang sudah boleh mula menggunakan web wechat.

weechat3

FacebookTwitterGoogle+Share

Leave a Reply