Browse By

Bagaimana untuk mempunyai website sendiri – Bahagian 1

Selalu dapat soalan dari kawan kawan tentang bagaimana mahu buat website seperti blog dan portal untuk sekolah. Oleh itu, disini mau kongsi secara ringkas beberapa proses untuk meletakkan sebuah web di alam maya :-

1. Sewa Hosting dan Beli Domain.

Inilah dua hal yang perlu ada dahulu. Hosting adalah server di mana web kita akan di simpan dan domain adalah alamat web kita. Untuk sewa hosting, boleh lah pergi lawat mana mana Hosting yang berada di alam maya ni, boleh rujuk di sini untuk Hosting provider yang ada di Malaysia.

Mengenai pakej hosting, ianya bergantung kepada web kita mahu buat. Kalau menjangkakan banyak traffic, maka beli la pakej yang mempunyai bandwidth dan storage yang tinggi.

Untuk membina web yg berasaskan wordpress, drupal, joomla dan sewaktu dengannya (open source), pastikan untuk memilih pakej linux.

Contoh Pakej Hosting :-

datakl

mesra

Untuk Domain pulak, ianya juga boleh di beli dengan Hosting Provider, ada yang memasukkan sekali Domain dalam pakej hosting dan ada yang jual berasingan. Domain yang kita boleh beli adalah .com,.net,.org,dan .my.

Setelah sudah memilih Pakej Hosting dan Domain, langkah seterusnya adalah membuat pembayaran. Rata rata Hosting provider di Malaysia menerima pembayaran melalui kad kredit dan online banking. Setelah membuat pembayaran, sila email maklumat ke hosting provider.

2. Cpanel

Seterusnya, Hosting Provider akan mengirim beberapa email seperti invoice dan yang paling penting maklumat untuk akses Cpanel. Cpanel adalah ‘control panel’ dimana kita boleh mengurus websites dan akaun hosting seperti upload fail website, membuat database, membuat akaun email dan sebagainya. Oh ya, dalam memilih pakej hosting, pastikan Cpanel mempunyai Softaculous kerana ianya amat memudahkan untuk setup WordPress, Drupal dan lain lain.

cpanel

 

Untuk domain, biasanya ia akan mengambil masa kurang 24 jam untuk tersebar diseantero alam maya.

Pada tahap ini, tapak web dan alamat web sudah sedia. Langkah seterusnya ialah setup website. Tutorial untuk website akan di kongsi dalam bahagian ke 2.

 

 

FacebookTwitterGoogle+Share

Leave a Reply